Tuesday, February 4, 2014

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAN VERIFIKASI DATA BERAKHIR 31 JANUARI 2014

Pengetua
Sekolah Menengah Harian
Daerah Segamat

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAN VERIFIKASI DATA BERAKHIR 31 JANUARI 2014

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumakan, Guru Kanan Pentadbiran sekolah tuan dimohon mengemaskini maklumat guru, kelas, murid, dan subjek melalui sistem e-Operasi pada atau sebelum 7 Februari 2014. Sebagai tambahan, pihak tuan juga diminta memastikan data bebas ralat serta enrolmen murid dalam sistem APDM sama seperti data e-Operasi.

4.            Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan guru data sekolah tuan sahaja hadir dalam mesyuarat verifikasi e-Operasi seperti ketetapan berikut:

                 Tarikh                  :               9 Februari 2014 (Ahad)
                 Masa                    :               8.30 pagi
                 Tempat                :               Bilik Mesyuarat Al-Jazari, PPD Segamat

Sekian, terima kasih.

Sunday, January 5, 2014

EOPERASI: Kemaskini Maklumat Pada 2 Januari 2014

Tindakan: GPK1 Semua Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Segamat

Sehubungan itu, tuan diminta mengemaskini maklumat berikut di sistem eoperasi pada 2 Januari 2014:

a) Guru
b) Kelas
c) Subjek
d) Enrolmen Murid

bagi tujuan agihan waran perjawatan 2014

sekian, untuk makluman dan tindakan seterusnya.
Terima kasih.

Monday, November 11, 2013

Dropbox- GPK Pentadbiran & Guru Data

Sebarang perkongsian atau muat turun bahan sila ke laman berikut.


a) GPK Pentadbiran

Emel: mapen@yahoo.com
Password: <sila rujuk JU>

b) Guru Data

Emel: eoperasisegamat@yahoo.com
Password: <sila rujuk JU>

Terima kasih kepada JU yang telah mewujudkan dropbox! Semoga tuan-tuan beroleh manfaat...

Thursday, October 17, 2013

Maklumat Terkini: E-OPERASI | Kemaskini Data eOperasi SM Harian Data Berakhir 31 Oktober 2013

Kemaskini: 11/11/2013

Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran diminta mengemaskini maklumat guru, kelas, murid, dan subjek melalui sistem e-Operasi melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ hanya mulai 05 November 2013.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta melaksanakan pengemaskinian dan pengesahan serta memastikan data bebas ralat pada atau sebelum 15 November 2013.

Sekian, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Wednesday, August 21, 2013

Tahniah & Terima Kasih! (updated: 21.8.2013)

Tahniah dan terima kasih kepada semua pengetua, GPK Pentadbiran, guru-guru penolong dan guru kanan, guru data, guru-guru, dan AKP kerana berjaya menyelesaikan e-operasi (menengah) dengan jayanya. Semoga komitmen semua diberkati Allah hendaknya...

Terima kasih dan tahniah!