Sunday, March 24, 2013

Tahniah & Terima Kasih!

Tahniah dan terima kasih kepada semua Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Data, dan semua guru sekolah menengah harian yang telah melaksanakan pengisian, pengemaskinian, dan pengesahan data dalam sistem e-Operasi.

Namun begitu, sebarang perubahan tertakluk kepada verifikasi peringkat JPNJ pada 25-26 Mac 2013. Terima kasih.

nota: Sistem telah disahkan perigkat PPD Segamat. Sila berhubung dengan PPPD KSGK PPD Segamat sekiranya masih terdapat data yang perlu diperbaiki

Thursday, March 21, 2013

Bilangan Guru = BSKG & Opsyen Dominan

Mohon kerjasama Penolong Kanan Pentadbiran dan guru data memastikan:

a) Bilangan guru sama dengan bilangan pengisian di BSKG
b) Memastikan SETIAP guru mempunyai opsyen dominan

Sila hubungi PPPD KGSK jika terdapat sebarang pertanyaan di talian 07-9333039 atau 013-7787769

Terima kasih

Monday, March 18, 2013

Saturday, March 16, 2013

Masalah Rangkaian e-Operasi 16.3.2013

Dimaklumkan sistem e-Operasi mengalami masalah log in sejak 9 pagi tadi (16.3.2013) sehingga kini. Harap bersabar dan sila log in @ daftar baru semula selepas sistem kembali pulih pada bila-bila masa.

Friday, March 15, 2013

Status Kemaskini dan Pengesahan Semua Guru 16.3.2013

Tarikh: 16.03.2013 (6.00am)



Sila ambil tindakan segera bagi yang berkenaan.
Terima kasih atas kerjasama.

Wednesday, March 13, 2013

Pengemaskinian & Download Bahan Panduan eOperasi

DOWNLOAD
 
Tindakan: Semua Guru

1) Kemaskini semua butiran data diri yang boleh dipinda dan sahkan kemaskini

contoh pengesahan guru:



2) Butiran yang tidak boleh dipinda sila rujuk GPK Pentadbiran untuk pindaan (jika ada)
3) Pada atau sebelum 15 Mac 2013 
* sekiranya terlupa kata laluan, sila hubungi pegawai di bawah untuk bantuan

Tindakan: GPK Pentadbiran

1) Sekiranya guru ada di sekolah tetapi tiada data di e-Operasi atau sebaliknya, sila emelkan "nama penuh, no KP, sekolah kini, sekolah sebelum" kepada PPPD KGSK di fauzi.sarin@moe.gov.my atau SMS untuk tindakan lanjut

2) Memastikan semua guru kemaskini dan sahkan data

contoh semakan pengesahan:


3) Kemaskini data yang tidak boleh dipinda guru
4) Kemaskini Enrolmen
5) Kemaskini Subjek
6) Semakan Ralat Data
7) Pengesahan pada atau sebelum 18 Mac 2013

Bahagian yang perlu tindakan GPK Pentadbiran:


Tindakan: Pengetua

1) Mengesahkan data semua guru
2) Tindakan sama seperti peranan GPK Pentadbiran
3) Pada atau sebelum 18 Mac 2013

MAKLUMAN PENTING: GPK Pentadbiran hendaklah memastikan terlebih dahulu semua guru telah mengemaskini dan mengesahkan data sebelum disahkan GPK Pentadbiran dan Pengetua

Sebarang pertanyaan/ masalah sila hubungi En Mohd Fauzi Bin Abu Sarin, PPPD KGSK di talian 07-9311132 (kaunter) atau 07-93333049 (direct line) atau 013-7787769 (HP)